Friday, October 30, 2009

HARGA ROKOK RM30

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan harga rokok dinaikkan kepada RM30 bagi membendung gejala merokok terutama kepada pelajar-pelajar sekolah..


Gagak Hitam setuju sangat la..kalau boleh lagi mahal lagi bagus. Tapi dari biar orang rokok naik harga baik suruh kerajaan naikkan cukai rokok. kerajaan pun dapat duit lebih. kalau tidak untung orang rokok jela..tambahan pula time  ekonomi meleset ni..


Go to fullsize imageGo to fullsize image

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image

Tuesday, October 27, 2009

wallpaper Iron Maiden


USTAZ BUDAK


yang mana rasa tak insaf lagi..cepat..cepat la..

Monday, October 19, 2009

Duit online..

Sekarang ni kalau kita surf internet banyak iklan yang memaparkan bagaimana hendak buat duit dengan hanya menggunakan internet. Tetapi tidak semua yang ada tu betul. Kebanyakkannya nak jual produk semata-mata dan perlu bayar yuran pendaftaran..

Sesiapa yang ada cadangan untuk buat duit dengan internet bolehlah foward kat saya ni. Teringin jugak jadi kaya dok saja macam dalam iklan internet yang ada sekarang. Tapi mana ada orang nak bagi duit macam tu jer..Tapi tak dinafikan ada yang menjadi jutawan dengan internet..Cuma kita tidak tahu macamana caranya dan besar mana risiko yang kena tanggung..

Sunday, October 11, 2009

TM PIALA MALAYSIA 2009 - KENARI TERSEPIT

Kempen Piala Malaysia sudah hampir ke penghujungnya. Malam esok merupakan peluang terakhir kepada semua pasukan yang bertanding bagi mengiring Kelantan, Selangor, dan Negeri sembilan ke suku akhir. Yang menjadi tumpuan sekarang pasukan dari utara iaitu juara treble 2 tahun berturut-turut iaitu si kenari yang seperti kepatahan sayap pada tahun ini.

View ImageGambar: Saat-saat Manis Pasukan Kedah menjuarai treble


Bermula dengan seri kepada Atm dan Pulau Pinang, kemudian kalah kepada Red Warrior "Kelantan", Sang kenari seakan bakal menutup awal kempen mereka pada tahun ini. Kemudian 2 kemenangan berturut-turut memberi sedikit harapan kepada pasukan anak didik Mohd Azrai Khor. Mampukah Sang Kenari terbang tinggi lagi..Kepada penyokong setia Sang Kenari jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan terakhir kumpulan pada selasa malam 13 Oktober 2009 di Stadium Batu Kawan. Mungkinkah ini perlawanan terakhir buat pasukan Hijau Kuning...?