Sunday, October 11, 2009

TM PIALA MALAYSIA 2009 - KENARI TERSEPIT

Kempen Piala Malaysia sudah hampir ke penghujungnya. Malam esok merupakan peluang terakhir kepada semua pasukan yang bertanding bagi mengiring Kelantan, Selangor, dan Negeri sembilan ke suku akhir. Yang menjadi tumpuan sekarang pasukan dari utara iaitu juara treble 2 tahun berturut-turut iaitu si kenari yang seperti kepatahan sayap pada tahun ini.

View ImageGambar: Saat-saat Manis Pasukan Kedah menjuarai treble


Bermula dengan seri kepada Atm dan Pulau Pinang, kemudian kalah kepada Red Warrior "Kelantan", Sang kenari seakan bakal menutup awal kempen mereka pada tahun ini. Kemudian 2 kemenangan berturut-turut memberi sedikit harapan kepada pasukan anak didik Mohd Azrai Khor. Mampukah Sang Kenari terbang tinggi lagi..Kepada penyokong setia Sang Kenari jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan terakhir kumpulan pada selasa malam 13 Oktober 2009 di Stadium Batu Kawan. Mungkinkah ini perlawanan terakhir buat pasukan Hijau Kuning...?

1 comment:

  1. kedah bolehhh..aku sokong kedah. biasa la hero hindustan kalah dulu..

    ReplyDelete